Penulis ‘wajib’ melakukan editing sendiri.
Ada penulis yang menganggap mereka tidak perlu edit karya mereka sendiri. Selesai menaip ayat terakhir, baca sekali lalu dan terus hantar kepada penerbit. Satu kesalahan besar. Penulis wajib menyunting karya mereka sendiri, bukan secara sambil lewa tetapi bersungguh-sungguh. Jadi, editor buat apa? Goyang kaki sahaja? Tidak, peranan editor adalah jauh lebih penting daripada membetulkan kesalahan ejaan. Mereka perlu menyunting bukan setakat tatabahasa, struktur ayat dan ejaan, malah mereka juga perlu memastikan cerita anda menarik untuk tatapan pembaca; satu kerja yang amat sukar.
Sebagai penulis, anda bertanggungjawab untuk mengulang semak kerja anda sekurang-kurangnya dua kali. Untuk kali yang pertama, anda perlu menyemak watak-watak dan jalan cerita skrip anda. Adakah pembaca akan terus membaca karya anda? Adakah watak-watak di dalam cerita anda betul, tidak bercampur-aduk atau tersalah eja?
Manuskrip yang kemas akan memudahkan editor membaca dan seterusnya menilai karya anda. Percayalah, editor juga manusia, jika terlalu banyak kesalahan sehingga mengganggu pembacaan, sudah tentu editor-editor ini akan berasa rimas dan meletakkan kerja anda ke tepi. Oleh itu, pastikan sebelum menghantar karya anda kepada KarnaDya, karya anda telah disemak dan sekurang-kurangnya bebas daripada kesalahan ejaan.
Manuskrip-manuskrip yang bercelaru akan kami hantar kembali kepada penulisnya.

4 Comments:
At July 19, 2007 at 8:03 PM ,
dS said...
Salam FJ, apa khabar? Alamak, takutlah! Topik ini sungguh menarik dan bagaikan satu amaran buat penulis-penulis muda di luar sana.
Kak Dewi paling gusar bila baca sebaris ayat ini,
"Manuskrip-manuskrip yang bercelaru akan kami hantar kembali kepada penulisnya."
Err.. minta-minta Kak Dewi tidak termasuk di dalam kumpulan ini ya!
At July 25, 2007 at 8:47 PM ,
wanie said...
wow...Bersemangat sungguh FJ nie..
nampaknya penulis² yg menghantar karya pada KarnaDya kenalah pastikan karya anda menarik, dan xbercelaru...huhuhu.
At August 17, 2007 at 4:32 AM ,
Unknown said...
Salam FJ... terkena akak sebijik. Halaman 53 dalam NK2 bila nama Hafiz tertukar jadi nama Ajak. Akan cuba lebih berhati-hati di masa akan datang.
At August 29, 2007 at 8:08 PM ,
mohamad kholid said...
entri yang menarik....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home